Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju
  • GLOBAL

Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju

Utusan Sarawak 7 months ago

SEOUL: Lebih 300 milimeter (mm) hujan melanda selatan Pulau Jeju selama dua hari minggu ini, mencatatkan hujan paling lebat pada November dalam tempoh 101 tahun di kawasan itu, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan agensi cuaca pada Sabtu.

Hujan antara 150 mm hingga 347 mm telah membasahi Jeju dari Jumaat hingga awal pagi Sabtu, termasuk 333 mm di kawasan pergunungan utara, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea cawangan Jeju.

Semalam, kawasan utara pulau itu menerima 238.4 mm hujan, menandakan rekod hujan harian tertinggi bagi bulan November sejak 1923, ketika pemerhatian cuaca pertama kali dilakukan di kawasan itu. 

Rekod harian tertinggi sebelumnya bagi bulan November ialah 102 mm, yang dicatatkan pada 2011.

Hujan lebat itu telah menyebabkan pokok tumbang dan jalan serta bangunan di Jeju dinaiki air, dengan 19 laporan kerosakan berkaitan hujan diterima setakat malam tadi.

Pihak berkuasa turut melarang akses ke Gunung Halla kerana hujan lebat pada hari sebelumnya, tetapi sekatan itu sebahagiannya ditarik balik hari ini.

Agensi cuaca itu memaklumkan bahawa beberapa bahagian Jeju mungkin mengalami hujan sehingga lewat hari ini. – BERNAMA-YONHAP

Continue Reading

Previous: Taufan Kong-rey: Dua maut, lebih 500 cedera di Taiwan
Next: 9 maut, 4 cedera dalam kebakaran kilang minyak masak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.