Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan masih turun, Bintulu dilanda banjir
  • WILAYAH

Hujan masih turun, Bintulu dilanda banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

Tangkap layar video yang tular di sosial media malam tadi

BINTULU: Beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Hujan mula turun sejak siang semalam dan berlanjutan sepanjang malam, menyebabkan paras air di kawasan rendah dan berhampiran sungai terus meningkat. 

Keadaan pagi ini menyaksikan hujan masih turun, walaupun tidak selebat semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengingatkan penduduk Bintulu supaya sentiasa berhati-hati kerana cuaca yang tidak menentu.

“Hujan lebat yang berterusan dan fenomena air pasang besar telah menyebabkan beberapa kawasan terjejas teruk. 

“Saya sangat memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga yang terkesan, dan saya amat berdukacita atas bencana ini. 

“Sama-sama kita berdoa kepada Tuhan agar keadaan kembali pulih dan kita semua dilindungi daripada sebarang musibah,” katanya.

Beliau turut menyeru penduduk supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa, mengutamakan keselamatan keluarga, dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Jika ada yang memerlukan bantuan segera, sila maklumkan kepada pasukan saya,” katanya.

Banjir yang melanda dijangka berterusan jika hujan lebat masih berlanjutan. 

Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada, bersedia untuk sebarang kemungkinan, dan mendapatkan bantuan jika diperlukan.

Continue Reading

Previous: Banjir menjalar ke Serian, Simunjan,  lima PPS baharu dibuka
Next: Banjir: PPS dibuka di SMK Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.