Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Huang sumbang makanan, minuman
  • TEMPATAN

Huang sumbang makanan, minuman

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Prihatin dan memahami kesusahan yang dihadapi oleh petugas di barisan hadapan seperti kakitangan perkhidmatan perubatan dan pegawai polis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyumbangkan sumbangan kepada mereka.

Hadir mewakili Huang untuk menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas barisan hadapan tersebut ialah Kapitan Ling Dien Yong.

Sumbangan berupa makanan dan minuman ringan disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan di enam stesen kawalan keselamatan jalan raya dan kakitangan perkhidmatan perubatan di Hospital Sarikei.

Dalam pada itu, Huang juga amat berterima kasih kepada mereka yang berada di barisan hadapan kerana bertungkus-lumus dan berusaha untuk mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.

Beliau turut menyeru rakyat Sarikei supaya tinggal di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan ini supaya penularan wabak covid-19 ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

Katanya, kerjasama masyarakat akan meningkatkan pencegahan wabak Covid-19 ini.

Continue Reading

Previous: Penting kesedaran patuhi PKP
Next: Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.