Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang bekalkan bahan binaan kepada Rumah Jawi Abu, Sungai Gemuan 
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang bekalkan bahan binaan kepada Rumah Jawi Abu, Sungai Gemuan 

Utusan Sarawak 4 months ago
TERIMA KASIH… Sesi pengesahan siap kerja PMR disaksikan oleh Gung Chiu Kion selaku wakil Ahli Parlimen Sarikei, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

BINTANGOR: Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah membekalkan bahan binaan kepada Rumah Jawi Abu, Sungai Gemuan. 

Katanya, pembekalan bahan binaan tersebut adalah melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024 untuk membaik pulih rumah panjang. 

“Bahan binaan telah dibekalkan kepada penduduk rumah panjang untuk membaiki struktur rumah yang daif dan merupakan projek di bawah peruntukan Parlimen Sarikei. 

“Saya amat mengambil berat kebajikan dan keperluan rakyat di Parlimen Sarikei dan Repok. 

“Semoga bantuan menerusi PMR 2024 ini meringakan beban kewangan penduduk yang sedang membaik pulih rumah panjang mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Hadir bagi menyaksikan sesi pengesahan siap kerja PMR tersebut ialah Gung Chiu Kion selaku wakil Tiong Sii. 

Dalam pada itu, Tuai Rumah Jawi Abu mewakili penduduk rumah panjangnya berterima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii atas keprihatinan beliau terhadap masalah mereka. 

Katanya, tindakan segera wakil rakyat tersebut dalam membantu membaiki infrastruktur asas rumah panjang sangat dihargai. 

Turut hadir ialah Tuai Rumah Jawi Abu serta pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman, Nina Azirina. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 warga prasekolah adakan lawatan sambil belajar ke BBP Bintangor
Next: Wartawan penghubung kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.