Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Huang bantu insan istimewa
  • TEMPATAN

Huang bantu insan istimewa

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Prihatin dengan keadaan seorang warga emas yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii tampil membantu insan istimewa ini.

Sumbangan makanan dan minuman serta barangan keperluan harian telah disumbangkan kepada Salina Ali.

Hadir untuk menyerahkan sumbangan tersebut ialah Kapitan Ling Dien Yong di rumah Salina Ali, Jalan Masjid.

Huang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sering membantu warga emas dan golongan yang kurang bernasib baik dikawasannya.

Sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan tidak mengenal kaum dan agama.

Huang sentiasa menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukannya dan tidak bermusim.

Selain itu, Huang sering menghulurkan bantuan seperti sumbangan katil pesakit boleh laras kepada pesakit-pesakit yang memerlukan katil untuk keselesaan mereka berehat dirumah.

Continue Reading

Previous: Penting kesedaran patuhi PKP
Next: Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.