LIMBANG: Hospital Limbang sedang mengesan waris pesakit lelaki yang sedang dirawat di hospital itu sejak 21 Oktober lalu.
Hospital Limbang dalam kemaskini Facebook rasminya memberitahu, pesakit lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Tiong Meng Ling berumur 58 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana serangan strok.
“Berdasarkan alamat yang tertera di kad pengenalan, dia menetap di Kampung Batu Bakarang, Jalan Kubong, Limbang namun usaha pihak hospital menghubungi waris pesakit bagi urusan discaj gagal,” menurut kenyataan itu.
Justeru pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit atau warisnya agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Magdalene Baulon di talian 085-211 200 (sambungan 225) atau Wad Lelaki di talian 085-211 200 (sambungan 255).
Oleh ADENG EDRUS