Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hormati semua agama
  • TEMPATAN

Hormati semua agama

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Amalan setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (gambar).

Beliau berkata, sikap memperlekehkan atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat.

Oleh itu, beliau menggesa semua pihak untuk sentiasa menjaga senstiviti keagamaan di Malaysia dan mengamalkan sikap saling memahami serta bertoleransi.

“JAKIM mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan, mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau perlakuan yang boleh menyinggung kepercayaan agama lain serta menghormati kebebasan beragama sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, tular di media sosial tindakan penyampai radio di sebuah stesen milik Astro dilihat melakukan tindakan seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

Tiga penyampai radio itu kemudian tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka yang disifatkan menyinggung sensitiviti kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

– BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Wanita kecewa – ‘roti John disangka enak, rupanya indah khabar dari rupa’
Next: Juh berambeh sungkei di Padang Merdeka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.