Hong Kong Disneyland dibuka semula 18 Jun

Facebook
WhatsApp
DISNEYLAND Hong Kong ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran penularan Covid-19. • Foto AFP

HONG KONG: Disneyland Hong Kong akan dibuka semula Khamis ini dengan pengurangan kapasiti dan prosedur keselamatan serta kesihatan yang dipertingkat, lapor agensi berita Xinhua.

Disneyland Hong Kong ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran penularan Covid-19, taman tema Disney yang keenam ditutup.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Disneyland Hong Kong berkata, semasa fasa awal pembukaan semula, pengunjung berusia tiga tahun ke atas perlu membuat tempahan dalam talian dan perlu mengisytiharkan tahap kesihatan.

Kanak-kanak berumur di bawah tiga tahun tidak boleh masuk percuma tanpa membuat tempahan terlebih dahulu.

Sebelum memasuki taman tema pengunjung perlu menjalani pemeriksaan suhu semasa dan memakai pelitup muka. – Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara