Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • HKM MPI-Petronas: Tarikh akhir hantar penyertaan 7 Februari depan
  • SEMASA

HKM MPI-Petronas: Tarikh akhir hantar penyertaan 7 Februari depan

Utusan Sarawak 4 months ago
PRESIDEN Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong

KUCHING: Tarikh akhir penghantaran penyertaan bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI–Petronas 2024 (HKM 2024) dilanjutkan sehingga 7 Februari depan. 

Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong mengumumkan perkara tersebut dalam ucapan aluan pada sesi Taklimat Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024 yang diadakan secara atas talian, pagi ini.

Taklimat HKM yang julung kali diadakan ini dibahagikan kepada beberapa segmen, iaitu media cetak dan portal atas talian, media elektronik (TV dan radio), serta foto dan infografik.

Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan pengamal media yang ingin mendapatkan pencerahan dan maklumat terperinci mengenai syarat penyertaan, kategori HKM, kaedah penyusunan bahan penyertaan, serta pemilihan kategori berdasarkan bahan yang dihantar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses perbincangan penambahbaikan syarat-syarat HKM sehinggalah kepada sesi taklimat ini. 

Dalam pada itu, beliau berharap karyawan dapat memanfaatkan peluang terbaik dengan menyertai HKM tahun ini, sambil menjangkakan peningkatan dalam penyertaan yang berkualiti.

HKM adalah platform terbaik untuk meraikan komitmen pengamal media dan profesionalisme kewartawanan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai HKM, sila layari laman web www.mpi.my atau hubungi Sekretariat HKM di nombor 03-8689 2717.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pendidikan bebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan
Next: Tingkat pendapatan, Sarawak kini fokus kepada sumber minyak, gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.