Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Henti kenderaan atas Jambatan Jepak bahaya – Iskandar Turkee
  • TEMPATAN

Henti kenderaan atas Jambatan Jepak bahaya – Iskandar Turkee

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JAMBATAN Bintulu-Jepak

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menasihatkan para pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan di atas Jambatan Bintulu-Jepak kerana perbuatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan.

Menurut Iskandar, kebimbangan timbul susulan tindakan segelintir pemandu yang berhenti di atas jambatan berkenaan, terutamanya pada waktu puncak dan malam hari, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

“Saya menasihati semua pengguna agar tidak memberhentikan kenderaan di atas Jambatan Jepak kerana tindakan ini melanggar peraturan lalu lintas dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Iskandar berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis MOTAC Bersama Komuniti @Bintulu 2025 yang diadakan di Jepak, malam tadi.

Iskandar turut menyarankan agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertingkatkan rondaan di kawasan berkenaan.

“Saya menggesa agar PDRM dan JPJ meningkatkan kekerapan rondaan di laluan jambatan ini bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin, khususnya pada waktu kemuncak,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kelvin Yii demands transparency in Unimas cat death case
Next: Bumbung Pusat Sivik Kuching perlu dibaiki segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.