Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hati-hati semasa buat biskut Raya
  • NASIONAL

Hati-hati semasa buat biskut Raya

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK MAJLIS… Abdul Rahman Ali menyempurnakan Pelancaran Ops Rondaan dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2025 di Kompleks Ujana Kewangan Labuan, hari ini. -Foto BERNAMA

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menggesa pembuat biskut raya, termasuk suri rumah dan pengusaha komersial, supaya lebih berwaspada terhadap risiko kebakaran, khususnya litar pintas elektrik, ketika pengeluaran biskut meningkat menjelang Aidilfitri.

Pengarahnya, Abdul Rahman Ali berkata musim perayaan sering menyaksikan peningkatan penggunaan ketuhar, pengadun dan peralatan elektrik lain, yang boleh meningkatkan risiko beban elektrik berlebihan dan litar pintas jika tidak diselenggara atau digunakan mengikut garis panduan keselamatan.

“Kami menjangkakan suri rumah dan kedai biskut raya akan beroperasi lebih masa bagi memenuhi permintaan.

“Kami berharap mereka mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dalam mengendalikan peralatan elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran di Kompleks Ujana Kewangan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar pemeriksaan sistem pendawaian dilakukan secara berkala, mengelakkan penggunaan sambungan elektrik yang rosak serta memastikan peralatan elektrik ditutup apabila tidak digunakan.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Op Selamat Aidilfitri: Awasi pemanduan, keselamatan
Next: Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosial, elak jadi mangsa ‘scammer’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.