Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • HASiL: Penggunaan Borang CKHT 502 mandatori
  • SEMASA

HASiL: Penggunaan Borang CKHT 502 mandatori

Utusan Sarawak 2 years ago

Pembayaran di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) menggunakan Borang CKHT 502 melalui e-CKHT di Portal MyTax adalah mandatori selaras dengan pelaksanaan Nombor Bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran cukai langsung mulai 1 Januari 2023.

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pembayaran di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) menggunakan Borang CKHT 502 melalui e-CKHT di Portal MyTax adalah mandatori selaras dengan pelaksanaan Nombor Bil sebagai rujukan bagi urusan pembayaran cukai langsung mulai 01 Januari 2023.

Maklumat berkenaan penjanaan Nombor Bil boleh diperolehi melalui kaedah seperti berikut:

a) Layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/. Log masuk ke MyTax menggunakan Nombor Pengenalan dan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui perkhidmatan e-Daftar di MyTax.

b) Pilih e-CKHT di menu perkhidmatan ezHASiL.

c) Masukkan Nombor TIN pemeroleh dan pilih Borang CKHT 502.

d) Isi maklumat yang diperlukan dan cetak slip bayaran. Nombor Bil akan dipaparkan pada slip bayaran berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh peralihan kepada penjanaan Nombor Bil ini, penggunaan Borang CKHT 502 manual bagi pemeroleh individu masih diterima sehingga 28 Februari 2023.

Bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau di Pusat Bayaran HASiL. Bagi tujuan bayaran di kaunter, pemeroleh perlu mencetak slip bayaran atau muat turun Nombor Bil yang diperlukan dengan mengimbas Kod QR yang dipaparkan pada slip bayaran berkenaan.

Sila layari Portal Rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my/ untuk maklumat terperinci mengenai Tatacara Pengisian Borang Dan Bayaran CKHT 502 Di e-CKHT Oleh Pemeroleh / Peguam / Wakil atau melalui pautan pantas berikut: https://www.hasil.gov.my/media/vqfg50mh/tatacara-isi-borang-dan-bayaran-ckht-502-melalui-sistem-e-ckht-12012023.pdf

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/. – Bernama

Continue Reading

Previous: LKAN 2021 SIRI 2: Tujuh pengauditan bernilai RM66.862 bilion libatkan tujuh kementerian
Next: Jaliha sudah dibenar keluar hospital di Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.