Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Hari Pendidikan Khas PPD Meradong platform serlah potensi pelajar istimewa
  • PENDIDIKAN

Hari Pendidikan Khas PPD Meradong platform serlah potensi pelajar istimewa

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing berucap semasa Hari Pendidikan Khas Peringkat PPD Meradong dan majlis penyerahan insentif SPM 2025 SMK Bandar Bintangor. Foto: Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Hari Pendidikan Khas Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor menjadi platform penting dalam mengetengahkan potensi pelajar berkeperluan pendidikan khas di samping menghargai kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata majlis tersebut selaras dengan aspirasi pendidikan inklusif yang memastikan setiap pelajar diberi peluang sama untuk berjaya tanpa mengira latar belakang dan keupayaan.

“Hari pendidikan khas merupakan satu platform yang amat baik dalam mengetengahkan potensi pelajar-pelajar berkeperluan pendidikan khas.

“Tema ‘Pendidikan untuk Semua, Peluang untuk Setiap Insan’ amat bertepatan dalam memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pendidikan,” katanya ketika berucap di majlis tersebut, hari ini.

Katanya, usaha berterusan pihak PPD Meradong, SMK Bandar Bintangor dan semua pihak terlibat wajar dihargai kerana memainkan peranan penting dalam memperkasa pendidikan inklusif di daerah tersebut.

Koung Hiing turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak berkeperluan khas agar mereka terus bersemangat dalam menimba ilmu.

ADUN Meradong bergambar bersama warga SMK Bandar Bintangor. Foto: Pusat Khidmat Meradong

“Saya berkomitmen untuk terus menyokong inisiatif yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan inklusif supaya setiap anak berpeluang mencapai kejayaan,” katanya.

Di majlis sama, seramai 20 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 SMK Bandar Bintangor turut menerima insentif sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.

“Insentif ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, malah menjadi motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

“Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi digital serta teknologi masa depan yang membuka peluang luas kepada generasi muda.”

“Saya berharap para pelajar memanfaatkan peluang pendidikan tinggi percuma yang akan dilaksanakan mulai tahun ini sebagai langkah memperkukuh masa depan mereka,” katanya.

Beliau turut mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada program pendidikan khas SMK Bandar Bintangor bagi menyokong aktiviti tahunan 2026.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Yakup Jai, Penolong Pegawai PPD Unit Pendidikan Khas Yii Hung Onn, Pengetua SMK Bandar Bintangor Leo Matthias Kamandan dan Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Norfadilah Zainal. 

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: TVET bukan pilihan kedua, mampu jadi sumber kekayaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.