Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Kebangsaan tetap disambut meriah
  • TEMPATAN

Hari Kebangsaan tetap disambut meriah

Utusan Sarawak 5 years ago
MERIAH… Bendera Jalur Gemilang dan Sarawak yang dipasang sekitar Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Rait di Miri.

MIRI: Hari Kebangsaan ke-63 disambut meriah penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Rait di sini.

Kemeriahan sambutan itu jelas dilihat apabila hampir setiap rumah dan sepanjang jalan sekitar kawasan perumahan terbabit dipenuhi dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sarawak yang dipasang penduduk.

Timbalan Pengerusi KRT PPR Sungai Rait, Jafariee Kassim berkata, bendera berkenaan  dibeli menggunakan wang yang dikutip daripada penduduk iaitu sebanyak RM10 setiap rumah.

“Semenjak tiga tahun tinggal di sini, inilah kali pertama kami memasang bendera begitu banyak bagi menceriakan sekitar KRT bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

“Selain itu ia untuk menggalakkan penduduk yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa bersama-sama menyambut serta memperingati hari bersejarah itu.

“Ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan semangat perpaduan, melahirkan perasaan saling  menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia,” katanya ditemui di sini.

Jafariee berkata, bendera pelbagai saiz itu akan dipasang sehingga sambutan hari Malaysia pada 16 September depan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: SFC komited pelihara, pulihara hidupan marin
Next: Hari Kebangsaan medan terbaik kukuh perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.