Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Kebangsaan diraikan penuh cabaran
  • TEMPATAN

Hari Kebangsaan diraikan penuh cabaran

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Datuk Jamilah berucap ketika merasmikan Program Semarak Merdeka Tahun 2020 anjuran bersama Kem Wawasan Negara Sampadi dan Ketua Masyarakat Zon Sampadi dekat Lundu.

LUNDU: Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 dan Hari Malaysia Ke-57 diraikan penuh cabaran tahun ini ekoran pertempuran dengan pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata sambutan kali ini terasa berbeza kerana mahu mendidik rakyat tentang erti perjuangan yang sebenar supaya patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sambutan kemerdekaan bagi kita kali ini lebih kepada mendidik supaya menerima dan mengamalkan norma baharu dengan menjaga diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Jamilah berkata demikian merasmikan Program Semarak Merdeka Tahun 2020 Anjuran bersama Kem Wawasan Negara Sampadi dan Ketua-Ketua Masyarakat Zon Sampadi dekat sini baru-baru ini.

Beliau mengakui pasca Covid-19 menjadikan kehidupan yang selama ini bebas bertukar dengan amalan norma baharu atas faktor keselamatan.
“Namun rakyat Malaysia keseluruhannya bersatu hati dan memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” ujarnya.

Pada masa sama Jamilah akui norma baharu merupakan cabaran baharu bagi generasi akan datang yang bakal menjadi pemimpin untuk bersedia dengan segala kelengkapan.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Banjir di Sibu masih terkawal
Next: Berhati-hati lalui kawasan kediaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.