Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga tiket murah: Rakyat Sarawak gembira, tidak mengeluh
  • BISNES

Harga tiket murah: Rakyat Sarawak gembira, tidak mengeluh

Utusan Sarawak 2 months ago
BALIK KAMPUNG… Anthony Loke menyampaikan goodies raya kepada penumpang pesawat Batik Air OD 7908 ke Tawau dan menyantuni penumpang yang akan pulang ke kampung halaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. -Foto BERNAMA

SEPANG: Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan perjalanan udara lebih lancar khususnya bagi mereka yang pulang ke Sabah dan Sarawak. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini berikutan tiada keluhan daripada orang ramai mengenai kesukaran mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke hampung halaman masing-masing. 

Beliau berkata, ini kerana tiket pada musim perayaan kini lebih murah dan mudah didapati susulan pelaksanaan subsidi tiket sehala bagi kelas ekonomi melebihi RM499 serta inisiatif penambahan perjalanan oleh syarikat penerbangan.

“Menambah penerbangan ini ada pelbagai cabaran yang perlu diatasi termasuklah mereka (syarikat) perlu menguruskan pesawat dan jadual kru. 

“Jadi, ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah kapasiti dan tahun ini kita tak dengar (keluhan) tidak dapat beli tiket,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni penumpang pesawat Malaysia Airlines MH7404 ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam ini.

Beliau turut menyantuni dan mengedarkan pek cenderahati kepada penumpang pesawat AirAsia AK5648 ke Miri serta Batik Air OD7908 ke Tawau.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Penerbangan berjalan lancar
Next: Eksklusif: Peniaga resah, permintaan terus meningkat dengan bekalan tidak mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.