Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga runcit minyak masak tulen dalam botol kekal – KPDN
  • NASIONAL

Harga runcit minyak masak tulen dalam botol kekal – KPDN

Utusan Sarawak 1 year ago
HARGA minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90), berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol sebagai usaha membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini berkata, harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90), berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kementerian berkata, beberapa langkah proaktif telah diambil bagi membantu pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah, melalui inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI. 

“Antara inisiatif ini adalah mengekalkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023,” katanya.

Pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anggota bomba cipta robot SG1 bantu padam kebakaran, penyelamatan
Next: Lebih 35,000 telah kemuka permohonan FLYsiswa – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.