Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal – KPDN
  • NASIONAL

Harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal – KPDN

Utusan Sarawak 2 years ago

KPDN berkata harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.4) 2023.

PUTRAJAYA: Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN berkata harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.4) 2023.

“Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Februari berbanding bulan sebelumnya.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan rundingan diadakan sebelum ini, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen bagi tempoh itu,” kata KPDN dalam satu kenyataan hari ini. 

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 

Sabit kesalahan bagi individu, boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000, kata KPDN.

– Bernama

Continue Reading

Previous: 10 daripada 18 projek PR1MA ‘sakit’ dijangka selesai dalam setahun
Next: Kerajaan muktamadkan garis panduan berkaitan laluan kenderaan mikromobiliti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.