Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 8 sen
  • BISNES

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 8 sen

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun lapan sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.10 dan RM2.80 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Latihan EV pacu tenaga mahir masa depan – Senator Ahmad
Next: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.