Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak sawit diunjur RM4,000-RM5,000 satu tan tahun depan – CPOPC
  • BISNES

Harga minyak sawit diunjur RM4,000-RM5,000 satu tan tahun depan – CPOPC

Utusan Sarawak 5 months ago

JAKARTA: Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .

Timbalan Setiausaha Agung Datuk Nageeb Wahab berkata permintaan global terhadap minyak sawit juga meningkat.

“Apabila permintaan global untuk minyak sawit meningkat dan pada masa sama pengeluaran mendatar, ini berkemungkinan mengakibatkan kekurangan bekalan, sekali gus memacu harga menjadi lebih tinggi,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata paras harga semasa sekitar RM5,000 satu tan mungkin bersifat sementara, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bencana banjir yang berterusan di Malaysia, yang telah menyokong sentimen pasaran yang kukuh.

Pengeluaran mendatar, ditambah dengan ladang yang semakin tua, cuaca tidak menentu dan peluasan terhad bagi kawasan ladang baharu, dijangka menjejaskan bekalan global, seterusnya melonjakkan harga, katanya.

Mengenai keanggotaan CPOPC, Nageeb berkata majlis itu dianggotai Malaysia, Indonesia, Honduras dan Papua New Guinea sebagai ahli penuh pada masa ini manakala Colombia, Ghana, Nigeria dan Republik Demokratik Congo pula anggota pemerhati.

Usaha sedang dilaksanakan untuk membawa Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia, ke dalam majlis itu, katanya.

Beliau berkata jika berjaya, kalangan negara anggota akan mengawal 93 hingga 95 peratus pengeluaran minyak sawit global, sekali gus memperkukuh pengaruh mereka dalam pasaran.

“Kami juga akan mempunyai suara yang lebih lantang,” katanya.

CPOPC, ditubuhkan pada 21 Nov, 2015, ialah organisasi antara kerajaan yang khusus untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara pengeluar minyak sawit.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Next: STF berpontensi besar di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.