Harga minyak naik berikutan permintaan kukuh, ketidakpastian pemotongan kadar faedah AS

Facebook
WhatsApp
PENANDA aras Amerika, West Texas Intermediate (WTI), diperdagangkan pada AS$78.50 setong pada masa yang sama, meningkat 0.8 peratus daripada sesi sebelumnya yang ditutup pada AS$77.90 setong.

ANKARA: Harga minyak naik pada Rabu berikutan ramalan  permintaan yang kukuh di Amerika Syarikat (AS), pengguna minyak terbesar dunia, dan ketidakpastian berterusan mengenai bila pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS , lapor Anadolu.

Penanda aras antarabangsa, Brent Crude, diperdagangkan pada AS$82.39 setong pada 10.43 pagi waktu tempatan (0743 GMT), meningkat 0.6 peratus daripada harga penutupan AS$81.92 setong dalam sesi dagangan sebelumnya.

Penanda aras Amerika, West Texas Intermediate (WTI), diperdagangkan pada AS$78.50 setong pada masa yang sama, meningkat 0.8 peratus daripada sesi sebelumnya yang ditutup pada AS$77.90 setong.

Data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) lewat Selasa menunjukkan penurunan sebanyak 2.42 juta tong dalam rizab minyak mentah AS, berbanding jangkaan pasaran penurunan sebanyak 1.75 juta tong.

Penurunan besar dalam inventori minyak mentah komersial menunjukkan permintaan yang semakin meningkat menyokong trajektori harga yang menaik.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) akan mengeluarkan data inventori rasmi pada lewat hari ini.

Sementara itu, isyarat bercampur-campur daripada data makroekonomi yang dikeluarkan di AS menimbulkan ketidakpastian mengenai bila Rizab Persekutuan AS akan mula memotong kadar faedah.

Kadar faedah rendah mengurangkan nilai dolar AS berbanding mata wang lain, tetapi ia juga menurunkan harga minyak, yang menjana permintaan yang lebih kuat dan menyokong kenaikan harga selanjutnya. -Bernama – Anadolu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos