Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak Brent kekal di bawah AS$90 setong ketika pembukaan dagangan Jumaat
  • BISNES

Harga minyak Brent kekal di bawah AS$90 setong ketika pembukaan dagangan Jumaat

Utusan Sarawak 4 hours ago
HARGA minyak Brent kekal di bawah AS$90 setong pada pembukaan dagangan Jumaat susulan optimisme terhadap potensi perjanjian AS–Iran yang dijangka meredakan ketegangan pasaran minyak global.

KUALA LUMPUR: Harga minyak Brent ditutup pada AS$90.40 setong dan terus diniagakan di bawah paras AS$90 setong (AS$1=RM4.05) pada pembukaan dagangan Jumaat susulan peningkatan optimisme terhadap potensi perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

CIMB Investment Bank Bhd berkata perkembangan itu dijangka membawa kepada penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan rancangan serangan terhadap Iran dan memberi isyarat bahawa perjanjian antara AS dan Iran hampir dimuktamadkan.

Di bawah perjanjian itu, Iran dilaporkan tidak akan meneruskan pembangunan senjata nuklear.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan dijangka berterusan memandangkan Tehran masih belum memberi kelulusan muktamad terhadap sebarang perjanjian,” katanya dalam satu nota harian hari ini.

Selain itu, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global bagi 2026 kepada 970,000 tong sehari, namun pengurangan pengeluaran sebanyak 190,000 tong sehari pada Mei dijangka mengekalkan kekangan bekalan dalam pasaran walaupun pertumbuhan permintaan semakin sederhana.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal
Next: Brooke Holding perkukuh kerjasama strategik dalam sektor tenaga dan infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.