Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harga elektrolizer boleh turun jika dikeluar besar-besaran
  • TEMPATAN

Harga elektrolizer boleh turun jika dikeluar besar-besaran

Utusan Sarawak 2 years ago

Pengerusi UMW Holdings Bhd, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah menyerahkan replika Kunci Toyota Mirai kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertempat di Menara Pelita di sini, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar di dalam kereta Toyota Mirai pada Majlis Penyerahan Toyata Mirai bertempat di Menara Pelita di sini, hari ini.
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendengar penerangan mengenai Toyata Mirai pada Majlis Penyerahan Toyata Mirai bertempat di Menara Pelita di sini, hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjangkakan harga elektrolizer akan menurun dengan pengeluaran secara besar-besaran dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Elektrolizer digunakan untuk memisahkan molekul hidrogen dan oksigen daripada air menggunakan elektrik.

Katanya, pengeluaran elektrolizer secara besar-besaran sekali gus membantu mengurangkan kos pengeluaran hidrogen.
 
“Proses semasa pengeluaran hidrogen memerlukan kos yang besar namun ada kemungkinan kos itu akan berkurangan dengan pengeluaran elektroliser secara besar-besaran.
 
“Misalnya, pada zaman awal teknologi maklumat (IT), komputer yang sama besar dengan satu almari (dijual dengan) harga sangat mahal. Hari ini, data boleh disimpan dalam komputer yang lebih kecil dan lebih murah,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penyerahan kenderaan Toyota Mirai kepada Premier Sarawak di Menara Pelita di sini, hari ini.
 
Menjelas lanjut, Abang Johari berkata saintis kini sedang mengkaji pembuatan elektrolizer melalui pengeluaran secara besar-besaran.
 
“Ini bermakna terdapat skala ekonomi (dan) jika kita mempunyai skala ekonomi, harga elektrolizer akan menurun. Jika ia (penurunan harga) berlaku, itulah kunci yang akan menukar hidrogen (pengeluaran).
 
“Setelah terhasilnya hidrogen bermakna kita akan menggunakannya dan kita dapat menangani isu iklim dengan mengawal pelepasan karbon yang mengakibatkan pemanasan global,” katanya.
 
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain dan Pengerusi UMW Holdings Bhd, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Warga emas sesat mendaki ditemui selamat
Next: KKM beri tumpuan naik taraf klinik kesihatan daif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.