Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Harap kembali ‘hijau’
  • SUKAN

Harap kembali ‘hijau’

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN FAS…Dato Posa Majais.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais berharap status ‘hijau’ dapat diperolehi kembali untuk Bandaraya Kuching dalam tempoh terdekat.

Sekali gus, dapat memberi keyakinan kepada pemain tatkala turun memulakan aksi dalam saingan Liga Premier 2020 pada 26 Ogos ini.

“Sama-sama kita berdoa agar musibah ini beransur pulih dan Bandaraya Kuching kembali mendapat status ‘hijau’ kelak.

“Kita juga bimbang jika situasi ini masih belum berakhir kerana segala kemungkinan lain boleh berlaku,” kata Dato Posa ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Pun begitu tambah beliau, para pemain skuad Sarawak United FC kini sudah menjalani latihan seperti biasa.

“Saya percaya fokus utama pengendali pasukan (E.Elavarasan) membentuk kembali persefahaman dan kecergasan para pemain untuk menghadapi baki perlawanan menanti,” tegas beliau lagi.

Skuad SU FC untuk aksi pertama baki perlawanan dihadapi kelak akan menentang Perak II di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 27 Ogos nanti.

Continue Reading

Previous: Bekas pengurus SU IV meninggal dunia
Next: Penentu ‘The City Boys’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.