Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hapuskan ‘pengemis jadian’
  • NASIONAL

Hapuskan ‘pengemis jadian’

Utusan Sarawak 2 months ago
BERSEDEKAH… Dr Zulkifli Hasan menyampaikan sumbangan kepada peserta pada Program Wanita Darulaman Bertadabbur di Pusat Pendidikan Al-Azhar, hari ini. -Foto BERNAMA

JITRA: Kemunculan ‘pengemis jadian’ di bazar dan pekarangan masjid khususnya setiap kali Ramadan, perlu ditangani secara menyeluruh dan berhemah kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, dalam menangani isu tersebut, pihak berkuasa turut memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat, bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik.

“Ia memerlukan satu kerjasama bersama daripada pihak berkepentingan, agar kita dapat menanganinya secara berhikmah, menyeluruh dan tuntas.

“Kita juga meraikan semua cadangan dan pandangan daripada orang awam, jika ada maklumat berkaitan, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan,” katanya pada Program Wanita Darulaman Bertadabbur di Pusat Pendidikan Al Azhar di Mukim Gelong, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kehadiran ‘pengemis jadian’ sama ada terdiri daripada rakyat tempatan atau warga asing, meningkat mendadak terutama menjelang hari-hari terakhir bulan puasa.

Mereka biasanya dilihat di kawasan tumpuan ramai seperti bazar Ramadan dan pekarangan masjid.

Dalam pada itu, apa sahaja tindakan yang dilakukan memerlukan penelitian dan kajian sewajarnya agar ia tidak dilakukan secara berlebihan.

“Apa yang kita boleh lihat adalah kita, kerajaan MADANI ingin membuat yang sebaiknya kepada semua,” katanya.

Amalan bersedekah sememangnya meningkat di bulan mulia ini, namun jika orang ramai bimbang dengan penipuan mereka boleh merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan untuk kepastian.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Wanita tonggak perubahan negara
Next: Op Selamat Aidilfitri: Awasi pemanduan, keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.