Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai diberi kepada ibu hamil
  • NASIONAL

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai diberi kepada ibu hamil

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 17 Mei -- Wartawan Bernama mengikuti sidang media secara langsung melalui aplikasi zoom mengenai perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Wartawan Bernama mengikuti sidang media secara langsung melalui aplikasi zoom mengenai perkembangan terkini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech sesuai diberikan kepada mereka yang hamil dengan tempoh kandungan berusia 14 hingga 33 minggu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya semalam, Khairy berkata, dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini.

Beliau berkata, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan mengkoordinasi dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan itu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pengambilan vaksin berkenaan juga boleh ditangguhkan selepas kehamilan.

Katanya, vaksin Pfizer-BioNTech juga sesuai diberikan kepada ibu menyusu namun bagi vaksin Sinovac dan AstraZeneca, data keselamatannya adalah terhad dan pengesyoran akan dibuat selepas konsultasi. Menurut Khairy, hingga kini, seramai 10.18 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19. — Bernama

Continue Reading

Previous: Penduduk disaran bekerjasama bangunkan Sabah
Next: Polis rampas dadah bernilai RM4.2 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.