Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Hanya bilik tidur terbakar, rumah selamat hasil ketangkasan orang awam
  • KEBAKARAN

Hanya bilik tidur terbakar, rumah selamat hasil ketangkasan orang awam

Utusan Sarawak 4 months ago
KESAN TERBAKAR… Keadaan bilik tidur yang terjejas akibat kebakaran.

SIBURAN: Ketangkasan orang awam memadam kebakaran di sebuah bilik tidur berjaya mengelakkan api merebak dengan lebih marak dalam kejadian kebakaran di Kampung Bedega, di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 5.11 petang.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan lapan orang dikejarkan ke lokasi bagi membantu pemadaman.

”Setibanya di lokasi, didapati kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik tidur rumah satu tingkat jenis kekal dengan keluasan 14 x 9 kaki per segi yang telah terbakar 15 peratus.

”Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam menggunakan media pemadaman empat unit alat pemadam api jenis debu kering (APA) sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.50 petang setelah PKO memastikan keadaan kembali terkawal dan memastikan tiada lagi punca-punca api.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pemandu selamat, lori muatan sawit terbakar
Next: Blok rumah pekerja 40 pintu musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.