Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hanya 100 orang dibenar hadiri Misa Ahad
  • SEMASA

Hanya 100 orang dibenar hadiri Misa Ahad

Utusan Sarawak 5 years ago
USKUP Agung Gereja Roman Katolik Kuching Rev Simon Poh.

KUCHING: Umat gereja kekal hanya seramai 100 orang untuk menghadiri Misa Ahad di gereja pada minggu pertama ini, kata Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Rev Simon Poh.

Beliau berkata secara umum, pematuhan garis panduan (SOP) juga dipatuhi.

“Kumpulan perkhidmatan gereja yang terdiri daripada kumpulan pelayanan melakukan tugas seperti memeriksa suhu badan serta mengiringi umat ke tempat duduk serta kerja-kerja pembasmian kuman disiapkan sejak hujung minggu lalu.

“Oleh yang demikian, misa hujung minggu ini sangat lancar. Kami masih mengekalkan 100 orang ketika ini kerana ini adalah hujung minggu pertama kami meneruskan Misa,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata untuk hujung minggu ini, semua Gereja Katolik di Keuskupan Agung Kuching mengambil sumbangan kolekti untuk kerja-kerja bantuan bencana Beirut.

“Derma kami akan dihantar bersama-sama dengan kolekti dari seluruh gereja Katolik Malaysia. Ia adalah satu perkara penting bagi orang Kristian untuk bersedia memberikan pertolongan.

“Walaupun kita berjuang mengumpul dana, kita selalu dapat melepaskan kemiskinan kita dan menyumbang ke arah peningkatan dan menyokong mereka yang menderita dan memerlukan.

“Apabila kita diberkati oleh Tuhan, kita juga harus murah hati dalam memberkati orang lain,” katanya.

Beliau berkata semua gereja kini dibuka untuk Misa Minggu, bermula semalam.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Sekolah di tiga daerah dibuka pada 17 Ogos
Next: Kebebasan beragama terus dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.