Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hantar pasukan kuat GPS ke Dewan Rakyat 
  • TEMPATAN

Hantar pasukan kuat GPS ke Dewan Rakyat 

Utusan Sarawak 3 years ago

Dr Sim (tengah) menyalakan lampu sebagai simbolik acara di Padungan malam tadi

Oleh Azreen Keria

KUCHING: Rakyat Sarawak disarankan untuk melaksanakan hak demokrasi mereka pada 19 November dan menghantar pasukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kuat ke Dewan Rakyat.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian ini untuk menguatkan lagi suara di Parlimen bagi memperjuangkan hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).  

“Rakyat Sarawak mesti merebut peluang ini untuk melakukan sesuatu untuk negeri mereka selepas 59 tahun berada di Malaysia.

“Keluar untuk mengundi pada 19 Nov, dan ia  sekali dalam hidup kita, bahawa selepas 59 tahun di Malaysia, kita mendapat (satu) peluang untuk menghantar pasukan GPS yang kuat untuk menuntut apa yang termaktub dalam MA63 termasuk Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan mengenai pembiayaan geran tahunan dan cukai pendapatan serta autonomi penjagaan kesihatan kami.

“Ramai dalam kita tidak berpuas hati dengan keadaan klinik dan hospital di negeri ini dan kami mengambil semula (penjagaan kesihatan) dan menjalankan sendiri termasuk autonomi pendidikan,”katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyalaan lampu Padungan di sini malam tadi.

Dr Sim berkata, lakukan ini untuk terus memperjuangkan hak Sarawak yang terhakis.

“Gembira atau tidak, kita berpeluang merebut peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab yang turut menyumbang kepada kerajaan (persekutuan) yang stabil. 

“Malah model semasa Kementerian Kesihatan, yang berasaskan populasi, tidak sesuai untuk Sarawak.

“Walaupun Sarawak tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai, negeri ini masih perlu menjaga keperluan penjagaan kesihatannya.

“Saya percaya bahawa tiada gabungan politik akan mendapat majoriti pada malam (keputusan) pilihan raya nanti.

“Sekali lagi saya merayu kepada pengundi di Sarawak untuk menyokong GPS supaya ia berada dalam kedudukan yang lebih baik.

“GPS tidak mempunyai pakatan dengan sesiapa di Sabah dan Semenanjung Malaysia.  Kami nak bercakap dengan pemenang kerana tidak ada gunanya bercakap dengan yang kalah.

“Sesiapa yang menang perlu bercakap dengan GPS pada malam pilihan raya.  Kita semua mesti kekal bersatu dan tunjukkan kepada seluruh Malaysia apa yang Sarawak lakukan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Calon GPS gabungan muda, berpengalaman
Next: DAP tak perjuangkan hak Sarawak, kata Dr Sim 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.