Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hanifah, Yakub hulur sumbangan
  • TEMPATAN

Hanifah, Yakub hulur sumbangan

Utusan Sarawak 4 years ago
SEDIKIT SUMBANGAN… Ghazali (kiri) menyampaikan bantuan kepada Sahari Morsid.

MUKAH: Dua wakil rakyat tempatan telah menghulurkan bantuan kepada  mangsa kebakaran di Kampung Bedengan Matading Kecil  pada petang Isnin lalu.

Mereka ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib dan  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian,  Abdul Yakub Arbi.

Pegawai Khas dari Pusat Khidmat  Mukah,  Almahakim  Norshidi,  telah mewakili  Hanifah  untuk menyerahkan sumbangan tersebut, manakala Pegawai Pusat Khidmat Balingian, Che Ghazali Arbi mewakili Yakub.

 Hanifah  menyumbang barangan makanan, peralatan dapur, keperluaan asas dan wang tunai, manakala Yakub menyumbang  keperluan segera dan  juga wang tunai.

Sumbangan ini  telah diserahkan kepada Ketua Kampung, Sahari Morshid, yang juga merupakan pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Upacara ringkas penyerahan sumbangan telah dikelola oleh  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah dan diadakan di tapak kebakaran.  Sumbangan lain juga diterima daripada pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama ingin membantu meringankan beban pada mangsa.

Turut hadir,  Pemangku Timbalan Residen merangkap Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili, Penolong Pegawai Kebajikan Bahagian Mukah Shahrill Eddyson  Mohamad Hatta, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Mukah,  Osman Imun, Penghulu Ahmad Mahmud, Amiey Kaliew dari Skuad Sayang  Balingian, dan wakil-wakil  dari  Masjid Setia Raja Mukah,  Urusetia Saudara Kita Balingian dan Kelab Basikal.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Tiga rumah panjang di Kakus terima bantuan makanan
Next: HOSPITAL SWASTA DIWARTA PPV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.