Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri
  • NASIONAL

Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 30 Sept -- Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Hajiji Noor meneliti fail ketika memulakan tugas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini. Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan. --fotoBERNAMA(2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MULAKAN TUGAS … Datuk Hajiji Noor meneliti fail ketika memulakan tugas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah semalam. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, pagi semalam.

Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.

Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan semalam antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr.Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan.

Semalam, Hajiji , 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini. -Bernama

Continue Reading

Previous: Pekebun pisang terlepas hukuman gantung
Next: SPRM tahan pengarah urusan kemuka dokumen palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.