Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hajiji dilantik Ketua Menteri Sabah baharu
  • SEMASA

Hajiji dilantik Ketua Menteri Sabah baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH

DATUK HAJIJI NOOR

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin semalam bersetuju melantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Hajiji dan saya persetujui sebagai Ketua Menteri yang baharu, untuk mengangkat sumpah pada esok hari (hari ini),” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan surat jemputan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 kepada Hajiji, di Istana Negeri di sini.

Sejurus selesai penyampaian surat jemputan itu, Hajiji turut menghadiri raptai Istiadat Angkat Sumpah yang dijadual berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada pukul 10 pagi ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas penerimaan surat itu, Hajiji berkata beliau akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin, bagi memenuhi mandat yang diterima daripada rakyat Sabah.

“Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun (Juhar) kerana beliau telah menjemput saya untuk menerima surat pelantikan sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah…esok (hari ini) saya telah dimaklumkan saya (angkat sumpah) dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dahulu,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: Agong masih jalani rawatan susulan
Next: Galeri Kraf Warisan Purba simpan 10,000 artifak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.