Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Haji 2025: Arab Saudi aktifkan sistem dalam talian untuk permit masuk Makkah
  • GLOBAL

Haji 2025: Arab Saudi aktifkan sistem dalam talian untuk permit masuk Makkah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERKHIDMATAN itu turut diintegrasikan dengan Tasreeh, sistem digital bersepadu Kerajaan Arab Saudi bagi pengeluaran permit Haji.

RIYADH: Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi kini menerima permohonan permit masuk ke Makkah secara elektronik bagi pekerja yang menetap di negara itu sempena musim Haji akan datang.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), permohonan boleh dibuat melalui platform dalam talian Kementerian Dalam Negeri — iaitu portal Absher dan Muqeem — sekali gus menghapuskan keperluan hadir secara fizikal ke pejabat imigresen.

Perkhidmatan itu turut diintegrasikan dengan Tasreeh, sistem digital bersepadu Kerajaan Arab Saudi bagi pengeluaran permit Haji.

Melalui platform Absher Individuals, permit boleh dipohon bagi pembantu rumah, tanggungan, pemegang Kad Pemastautin Istimewa (Premium Residency), pelabur serta warganegara negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), tertakluk kepada dokumen sokongan yang diperlukan.

Sementara itu, portal elektronik Muqeem diperuntukkan bagi pekerja di syarikat atau organisasi yang beroperasi di Makkah, pemegang visa kerja bermusim dan individu yang mempunyai kontrak pekerjaan berkaitan operasi musim Haji. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.6 landa selatan Filipina
Next: Diplomasi sebatang pen: Bagaimana Pak Lah ‘pulihkan’ hubungan China dan Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.