Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Haba matahari mungkin mempengaruhi kesan gempa bumi
  • GLOBAL

Haba matahari mungkin mempengaruhi kesan gempa bumi

Utusan Sarawak 2 months ago
Gambar hiasan

ISTANBUL: Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa dalam jurnal sains Chaos.

Penyelidik dari Universiti Tsukuba Jepun dan Institut Sains dan Teknologi Perindustrian Lanjutan Kebangsaan, Matheus Henrique Junqueira Saldanha, mendapati haba matahari mencetuskan perubahan dalam suhu atmosfera, yang boleh mempengaruhi sifat batuan dan pergerakan air bawah tanah.

“Turun naik sedemikian, sebagai contoh, boleh menjadikan batuan lebih rapuh dan terdedah kepada keretakan, manakala perubahan dalam hujan dan pencairan salji boleh mengubah tekanan pada sempadan plat tektonik.

“Walaupun semua faktor ini mungkin bukan pemacu utama gempa bumi, ia masih boleh memainkan peranan yang boleh membantu meramalkan aktiviti seismik,” katanya.

Penyelidik menggunakan model matematik pada data gempa bumi, aktiviti matahari dan suhu permukaan, menemui fakta yang menggabungkan suhu permukaan dapat meningkatkan ketepatan ramalan, terutamanya untuk gempa bumi cetek.

“Itu masuk akal kerana haba dan air kebanyakannya mempengaruhi lapisan atas kerak Bumi.

“Ia adalah sesuatu yang menarik dan kami berharap kajian kami memberi sedikit pencerahan tentang gambaran yang lebih besar tentang apa yang mencetuskan gempa bumi,” kata Saldanha.-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Aisberg terbesar dunia ‘terkandas’ selepas hanyut dari Antartika
Next: Keterjaminan makanan di Gaza berisiko bertambah buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.