Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur
  • JENAYAH

Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEORANG guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula pada hari ini. Perintah reman terhadap suspek berumur 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh. FOTO BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula pada hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berumur 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan berpakaian lokap pada 8.44 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera parah selepas ditikam dua kali oleh bapa kandungnya di bahagian dada dan perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pihak polis menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 9.08 pagi.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga dihadapi suspek yang kini dalam proses perceraian kali ketiga dengan isterinya.

Polis turut memaklumkan suspek dipercayai menghadapi masalah mental dan menerima rawatan psikiatrik sejak 2008. — Bernama

Continue Reading

Previous: PGA tumpas cubaan seludup masuk bonsai dari negara jiran
Next: Polis rampas syabu bernilai RM320,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.