Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Merapi meletus dua kali
  • GLOBAL

Gunung Merapi meletus dua kali

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR yang dikongsikan oleh Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) menunjukkan Gunung Merapi sedang meletus. • Foto AFP

JAKARTA: Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus sebanyak dua kali semalam.

Menurut Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Yogyakarta, letusan pada jam 9.13 pagi (waktu tempatan) itu berlaku selama 328 saat dan turut memuntahkan awan panas setinggi 6,000 meter dan disusuli letusan kedua pada jam 9.27 pagi.

Kedua-dua letusan tersebut berlarutan selama kira-kira tujuh minit.

Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan penduduk supaya tidak menghampiri zon lingkungan sekitar tiga kilometer dari kawah tersebut.

BPPTKG bagaimanapun tidak menaikkan amaran status gunung berapi selepas letusan itu berlaku, namun ia menasihatkan pesawat komersial supaya mengambil langkah berjaga-jaga apabila melalui kawasan tersebut.

Pada tahun 2010, letusan besar terakhir Gunung Merapi telah mengorbankan lebih 300 penduduk dan memaksa pemindahan kira-kira 280,000 penduduk di kawasan sekitarnya. – AFP

Continue Reading

Previous: Hampir pupus, anggerik Nervilia singaporensis ditemui
Next: Rusuhan ganas di Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.