Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Ibu meletus di Maluku Utara, tiang abu setinggi 800 meter
  • GLOBAL

Gunung Ibu meletus di Maluku Utara, tiang abu setinggi 800 meter

Utusan Sarawak 3 hours ago
GUNUNG Ibu, Pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara.

JAKARTA: Gunung Ibu di Pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara Indonesia meletus semalam, memuntahkan tiang abu kira-kira 800 meter di atas puncaknya.

Pemangku Ketua Agensi Geologi Lana Saria berkata letusan gunung berapi setinggi 2,125 meter itu berlaku pada 9.24 pagi waktu tempatan, dengan awan abu kelabu berintensiti tebal hanyut ke arah barat laut.

“Letusan itu direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 28 milimeter dan berlarutan kira-kira empat minit satu saat,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA.

Lana berkata pihak berkuasa mengekalkan status berjaga-jaga Gunung Ibu di Tahap II, tahap kedua terendah dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia dan menasihati penduduk, pelawat dan pelancong supaya tidak melakukan aktiviti dalam radius dua kilometer dari kawah aktif.

“Sekatan itu juga diperluas ke kawasan sektoral dalam lingkungan 3.5 kilometer ke arah pembukaan kawah utara, manakala penduduk digesa memakai topeng muka dan cermin mata pelindung semasa hujan abu gunung berapi bagi meminimumkan risiko kesihatan,” tambahnya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kes hantavirus disahkan di Romania
Next: Enam maut, lapan cedera dalam beberapa insiden tembakan di selatan Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.