Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran
  • GLOBAL

Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GUNUNG Bulusan di wilayah Sorsogon, tenggara Manila selepas gunung berapi itu memuntahkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer.

MANILA: Pihak berkuasa Filipina menaikkan tahap amaran untuk Gunung Bulusan di wilayah Sorsogon, tenggara Manila selepas gunung berapi itu memuntahkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer ke udara pada Isnin.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) dalam satu kenyataan memaklumkan tahap amaran dinaikkan dari sifar ke satu pada skala lima, selepas letusan freatik berlaku pada 4.36 pagi waktu tempatan dan berlarutan selama 24 minit.

“Letusan itu memuntahkan abu setinggi 4.5 kilometer dari kawah sebelum berserakan ke arah barat hingga barat daya,” menurut kenyataan itu.

Institut terbabit memberi amaran tentang kemungkinan letusan berulang, menggesa penduduk setempat supaya berwaspada dan melarang sebarang aktiviti dalam zon bahaya sejauh 4 kilometer dari kawah gunung.

PHIVOLCS turut menasihatkan juruterbang dan pihak berkuasa penerbangan awam supaya mengelakkan penerbangan berhampiran puncak Gunung Bulusan.

Filipina mempunyai 24 gunung berapi aktif. Selain Gunung Bulusan, Gunung Mayon di wilayah Albay dan Gunung Taal berhampiran Manila kini berada pada tahap amaran satu, manakala Gunung Kanlaon diletakkan pada tahap amaran tiga, menunjukkan ketidakstabilan magma dengan peningkatan risiko letusan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 9 maut selepas kenderaan rempuh orang ramai di Festival Filipina di Vancouver
Next: Emirates luaskan perkhidmatan A380, Boeing 777 ditambah baik ke lapan bandar raya lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.