Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus 4 kali, abu cecah 800 meter
  • GLOBAL

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus 4 kali, abu cecah 800 meter

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR fail, Gunung Semeru dilihat di perkampungan Sumberwuluh di Lumajang pada 7 Disember 2021.
Foto AFP

JAKARTA: Gunung berapi Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak empat kali semalam, menghamburkan abu setinggi 800 meter dari puncaknya, menurut Pusat Volkanologi  dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), lapor Xinhua. 

“Letusan pertama berlaku pada 5.55 pagi waktu tempatan, dengan letusan abu mencapai 800 meter ke arah utara, diikuti letusan kedua pada 6.30 pagi dengan ketinggian abu mencecah 700 meter ke timur laut selama 120 saat,” kata Yadi Yuliandi, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru.

Letusan ketiga berlaku pada 8.41 pagi selama 113 saat, manakala letusan keempat pada 12.08 tengah hari berlangsung selama 135 saat dengan abu setinggi 800 meter.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter yang terletak di sempadan Wilayah Lumajang dan Malang itu kini berada pada tahap amaran kedua.

PVMBG mengesyorkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam radius 3 kilometer dan 8 kilometer ke arah tenggara dari puncak gunung, serta mengelakkan kawasan aliran sungai yang berpunca dari Gunung Semeru.
– Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pengganas serang pelancong di Kashmir, jumlah korban belum disahkan
Next: Jasad Paus Francis dibawa ke St, Peter untuk orang ramai beri penghormatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.