Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Berapi Mayon di Filipina catat aktiviti seismik baharu
  • GLOBAL

Gunung Berapi Mayon di Filipina catat aktiviti seismik baharu

Utusan Sarawak 3 hours ago
GUNUNG Berapi Mayon di Filipina catat aktiviti seismik baharu. Foto agensi.

ISTANBUL: Gunung Berapi Mayon di Filipina terus menunjukkan tanda-tanda peningkatan aktiviti, dengan pihak berkuasa melaporkan puluhan gempa bumi dan gegaran dalam tempoh 24 jam lalu, manakala Tahap Amaran 3 dikekalkan, menurut media tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) memaklumkan sebanyak 51 gempa bumi, 30 gegaran yang berlangsung antara dua hingga 45 minit, selain ratusan kejadian runtuhan batu dan enam isyarat aliran ketumpatan piroklastik direkodkan, menurut portal berita tempatan Inquirer.

Institut itu turut melaporkan aliran lava berterusan dari kawah, dengan lava menjangkau beberapa kilometer di sepanjang lurah Basud, Bonga dan Mi-isi.

Gunung berapi berkenaan mengeluarkan 1,482 tan sulfur dioksida pada Jumaat, lebih tinggi berbanding paras hari sebelumnya, manakala kepulan asap bergerak ke arah barat daya.

Pihak berkuasa melarang kemasukan ke dalam zon bahaya kekal sejauh enam kilometer dan memberi amaran supaya pesawat tidak terbang berhampiran gunung berapi itu.

Phivolcs turut memberi amaran kepada komuniti berhampiran mengenai potensi bahaya termasuk aliran lava, runtuhan batu, aliran ketumpatan piroklastik, letupan sederhana dan lahar, (aliran lumpur atau serpihan) yang dicetuskan hujan lebat. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 12 penumpang cedera dalam insiden kereta api tergelincir di Sri Lanka
Next: Syarikat farmaseutikal Jepun gesa doktor tidak guna ‘Tavneos’ untuk pesakit baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.