Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guna teknologi tingkat hasil pertanian
  • TEMPATAN

Guna teknologi tingkat hasil pertanian

Utusan Sarawak 5 years ago
KURSUS TEKNOLOGI… Paulus Palu bersama Jakaria dan penduduk rumah panjang di Rumah Letan Batu Danau,Limbang.

LIMBANG:  Pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi dalam meningkat dan mempelbagaikan hasil tani semakin penting dalam menentukan kejayaan usahawan tani hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata golongan petani tidak lagi dapat bergantung kepada kaedah konvensional pertanian.

Justeru beliau menyeru mereka supaya mengambil peluang dalam segala kursus yang dianjurkan Jabatan Pertanian untuk meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Paulus berkata demikian ketika merasmikan ‘Agriculture Community Outreach Programme’ (AgriCOP) siri empat  di Rumah  Letan, Kampung Tinting Melanjan di sini semalam.

“Kemahiran teknologi terkini ini adalah penting bagi memastikan keluarga tani dan peserta mengetahui kaedah yang betul dalam mengeluarkan hasil dan produk tani mengikut standard di pasaran,” katanya.

Oleh itu kursus yang diadakan adalah tepat dan bersesuaian dengan keperluan keluarga tani di kawasan Batu Danau, tambahnya.

Program AgriCop dilihat sebagai platform membantu keluarga tani dan peserta untuk meningkatkan lagi pengetahuan berhubung kaedah yang betul dalam menghasilkan produk tani berkualiti.

Pada masa sama  hasil pengeluaran yang berkualiti dapat menjana pendapatan ekonomi keluarga tani.

Hadir sama Pegawai Pertanian (Pembangunan) Limbang, Jakaria  Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinting Melanjan, Tuai Rumah Letan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Sarawak iktiraf NCR
Next: Lengkapi masjid, surau dengan ICT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.