Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Minta bantuan bomba untuk ke hospital
  • Tengah
  • WILAYAH

Minta bantuan bomba untuk ke hospital

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba semasa melakukan operasi memindahkan keluarga dari rumah ke kenderaan di Sungai Maaw susulan banjir, hari ini. Foto Bomba Sarawak

SIBU: Sebuah keluarga di Sungai Maaw di sini terpaksa mendapatkan bantuan bomba bagi membolehkan mereka berpindah dari kediaman ke kenderaan peribadi untuk ke Hospital Sibu bagi menjalani rawatan dialisis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 12.11 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah segera dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan penyelamat mendapati laluan ke rumah mangsa telah dinaiki air sedalam sekitar satu meter sebaik sahaja tiba di lokasi berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nang Engkilo, Sungai Maaw.

“Anggota bomba kemudian meredah banjir menggunakan jaket keselamatan dan berjalan sejauh 300 meter ke rumah keluarga terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, keluarga tersebut berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan lori bomba sebelum meneruskan perjalanan ke hospital.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKKK Taman Harmoni agih bubur pedas kepada penduduk
Next: Operasi feri diteruskan hingga 12.00 tengah malam sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.