Gudang silikon terbakar, Bomba kawal api lebih 14 jam

Facebook
WhatsApp
KEADAAN gudang penyimpanan silikon yang masih marak ketika pasukan bomba berusaha mengawal kebakaran di sebuah kilang di Bintulu, semalam. Foto tangkap layar Facebook E JD 

BINTULU: Sebuah gudang penyimpanan bahan silikon jenis silicon hydride dan silika di Jalan Pesisir Bintulu-Miri musnah dalam kebakaran petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.22 petang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju serta BBP Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar empat kilometer dari balai.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pasukannya tiba di lokasi pada 5.28 petang dan mendapati api telah merebak dengan pantas, memusnahkan 90 peratus struktur gudang yang berkeluasan sekitar 150×250 kaki.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran air sepanjang 500 kaki dengan lima pancutan daripada pili bomba bertekanan tinggi di kilang untuk mengawal api.

Operasi penyejukan turut dilakukan ke atas gudang sisa kayu yang terletak hanya 10 meter dari lokasi bagi mengelakkan api daripada merebak ke struktur lain.

Api berjaya dikawal pada 8.30 malam namun kerja pembendungan dan pemeriksaan diteruskan sehingga 7.45 pagi tadi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis