Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Guan Eng hadir kali ketiga di SPRM
  • NASIONAL

Guan Eng hadir kali ketiga di SPRM

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 26 Julai -- Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir buat kali ketiga hari ini ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.?Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada Rabu lepas yang menyaksikan beliau meninggalkan SPRM pada 7.13 malam, kira-kira tujuh jam selepas dilihat memasuki bangunan tersebut.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir buat kali ketiga semalam ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada Rabu lepas yang menyaksikan beliau meninggalkan SPRM pada 7.13 malam, kira-kira ujuh jam selepas dilihat memasuki bangunan tersebut. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Engsemalamhadirbuat kali ketiga di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Ketibaannya pada 10.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kesitu ialah pada Rabu lepas yang menyaksikan beliau meninggalkan SPRM pada 7.13 malam, kira-kira tujuh jam selepas dilihat memasuki bangunan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta beberapa Exco dan bekas Exco kerajaan negeri turut diambil keterangan oleh SPRM berhubung siasatan projek bernilai kira-kira RM6.3 bilion itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki pernah dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Ke situ disiasat oleh SPRM sejak 2017.Projek berkenaan dirancang semasa Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tayar pancit sebabkan Lim lewat tiba
Next: 13 bot nelayan asing ditenggelamkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.