SARIKEI: Sejarah tercipta di Parlimen Sarikei setelah calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berjaya merampas kerusi daripada gengaman dua penggal Parti Demokratik Progresif (DAP).
Pengumuman rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum (PRU) P.208 Sarikei, Kathreen Lalai Eddie Saga jam 10.21 malam, sebentar tadi.
Pengumuman rasmi itu diumumkan di tempat pengiraan undi iaitu di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sarikei.
Huang,53, memperoleh 20,080 undi, menewaskan calon muka baharu DAP, Roderick Wong Siew Lead, 32, dengan majoriti 3,697 undi.
Wong mendapat 16,383 undi.
Oleh EARL ANEK