Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Golongan muda dinasihat ceburi keusahawanan
  • TEMPATAN

Golongan muda dinasihat ceburi keusahawanan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN… Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan geran MRP kepada penerima di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, semalam.

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan golongan muda khususnya lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan agar berjinak dalam bidang keusahawanan.

Hal ini kerana, setiap tahun, seramai lebih 290,000 lepasan universiti di negara ini.

“Daripada jumlah itu, separuh mendapat pekerjaan, separuh lagi menyambung pelajaran dan selebihnya tiada pekerjaan,” ujarnya.

Justeru, mereka patut berfikir untuk tidak menjadi pekerja di sektor kerajaan atau swasta sebaliknya menjadi ahli perniagaan.

Dalam pada itu, sejumlah RM254, 900 dana diagihkan kepada Tanjung Datu, Pantai Damai, Demak Laut, badan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan perubatan oleh Parlimen Santubong, semalam .

Majlis penyampaian sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ini disampaikan oleh Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. “Mereka seharusnya tidak terlalu memikir untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan, kerja di syarikat besar dan sebagainya,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tindakan lindungi beruang matahari dipuji
Next: PTK sahut seruan PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.