Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Goldman Sachs lawan Malaysia: Kerajaan akan beri respons ikut rangka undang-undang ditetapkan – Johari Ghani
  • BISNES

Goldman Sachs lawan Malaysia: Kerajaan akan beri respons ikut rangka undang-undang ditetapkan – Johari Ghani

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi respon mengikut rangka kerja undang-undang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara terhadap tindakan Goldman Sachs mahu menyelesaikan pertikaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara timbang tara.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs ini kerana kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Bagaimanapun susulan perkembangan terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia bersedia untuk memberikan respon terhadap perkara itu dan memastikan proses ini dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” kata Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) (pemulihan aset), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Bloomberg melaporkan bahawa Goldman Sachs Group Inc menyaman Malaysia di mahkamah United Kingdom ketika berlaku percanggahan mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya dalam skandal dana pelaburan 1MDB.

“Kami memfailkan timbang tara terhadap kerajaan Malaysia kerana melanggar kewajipannya untuk mengkreditkan aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami dan untuk mendapatkan semula aset lain,” laporan itu memetik seorang jurucakap bank yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. – Bernama

Continue Reading

Previous: MAVCOM arah MYAirline henti jualan, bayar balik pengguna terjejas
Next: Battersea Power Station rai tahun pertama catat 11 juta pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.