Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Goh zahirkan penghargaan
  • TEMPATAN

Goh zahirkan penghargaan

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Goh bergambar bersama ahli jawatankuasa yang membantu menjayakan Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pengarah Restoran Hoi Tin Lau Sdn. Bhd., ABS Goh Ah Seng mengadakan satu majlis makan malam di Restoran Hoi Tin Lau sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dalam membantu menjayakan Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif dengan jaya dan lancarnya.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Tukang Masak How Yu dengan kerjasama rakan media, Utusan Sarawak dan Sin Chew Daily, serta mendapat tajaan Aeroville Mall, Lian Sin, Anna Liew Buffalo dan Hoi Tin Lau Restaurant Sdn. Bhd.

Pertandingan bersempena Festival Pertengahan Musim Luruh 2020 ini diadakan pada 20 September lalu di Aeroville Mall, Jalan Stutong yang mana Goh adalah Pengerusi Penganjur Pertandingan yang juga merangkap Presiden Persatuan Tukang Masak How Yu Kuching.

Objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk meningkatkan persefahaman pelbagai etnik di Sarawak dan untuk mewujudkan suasana harmoni.

Seramai 25 kumpulan daripada pelbagai kaum berentap bagi memeriahkan Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif tersebut,

Selain itu, majlis tersebut juga diisi dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah dan persembahan muzik tradisional cina oleh kumpulan muzik tradisional cina, Teo Khiaw Club Kuching.

Turut hadir, Pengarah Aeroville Mall Sdn Bhd, Tan Kun Gee, Penasihat Program, Sim Kiang Chiok,  Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo Muk Lan, Pengurus Besar Sin Chew Daily Sarawak, Chung Hon Shin, Pengurus Pemasaran Kanan, Lim Boo Kiong, Penolong Pengurus Liansin, Alex Teng Siu Beng, Ketua Juri, Tan Hui Chin, Pengacara Majlis, Gerald Goh, Pakar Seni, Vera Chin, Timbalan Pengerusi Persatuan Kelab Teo Khiaw, Sim Han Tong dan tetamu jemputan lain.

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki jatuh sungai ditemui
Next: Sentiasa berikan sokongan kepada kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.