Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gideon berpotensi wakili negara di Sukan SEA
  • SUKAN

Gideon berpotensi wakili negara di Sukan SEA

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR fail Gideon (lima, kiri) disambut sebaik ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 30 Mac lepas. FotoUKAS

KUCHING: Petinju profesional Sarawak, Gideon Riquelme Jonathan berpotensi untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA 2027.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), keyakinan itu dinyatakan Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo selepas melihat kejayaan Gideon memenangi perlawanan profesional pertamanya, baru-baru ini.

Menurutnya, Gideon memang telah ditawarkan untuk menyertai kem negara selepas kejayaannya pada SUKMA XXI Sarawak tahun lepas, namun menolak kerana berhasrat untuk menjadi petinju profesional.

“Saya akan cuba memujuk Gideon semula untuk mewakili negara. Gideon berpotensi untuk pergi jauh.

“Cuma saya berharap, kem tinju negara bersetuju dengan syarat Gideon berlatih dengan jurulatihnya sendiri jika bersetuju untuk menyertai kem negara,” jelasnya.

Dato Rahman berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.

Gideon mencipta sensasi sendiri selepas berjaya menumbangkan petinju Australia, Lucas Jhon Holmes dengan pukulan teknikal knockout (KO) dalam Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) di World Siam Stadium, Bangkok pada 29 Mac lepas.

Ia merupakan perlawanan debut sulung petinju berusia 22 tahun itu dalam karier profesional.

Gideon menjalani latihan bersama jurulatih Stephen Onn Jenggieng di Kuching.

Dalam pada itu, Dato Rahman sekali lagi menaruh harapan tinggi untuk Kuching dipilih sebagai tuan rumah sukan tinju pada Sukan SEA 2027 nanti.

Katanya, Gideon akan mengadakan perbincangan dengan bakal Ketua Pengarah baharu Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin bagi menyatakan hasrat SABA itu.

Menurutnya, dengan kemunculan Gideon dan Daeloniel McDelon Bong atau ‘Kilat Boy’, Sarawak kini mempunyai dua petinju profesional yang dapat memeriahkan pentas Sukan SEA nanti sekiranya kedua petinju itu mewakili negara.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot fokus EPL, tidak peduli pasal perpindahan 
Next: Grealish tamatkan ‘kemarau’ gol, bantu City ke empat teratas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.