CHERYL LAW
KUCHING: Geran Khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 sebanyak RM750 kepada setiap menjadikan secara keseluruhannya sejumlah RM2,250 bantuan Kerajaan Sarawak kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.
Para peniaga menyambut baik Kerajaan Sarawak menambah Geran Khas selama sebulan lagi iaitu sebanyak RM750 kepada setiap penjaja dan peniaga kecil menjadikan secara keseluruhannya sejumlah RM2,250 dalam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0.
Seorang pengusaha gerai satay, Umaira Liani Eli, 36, berkata, saya sangat bersyukur kepada kerajaan Sarawak kerana bantuan yang diberi setakat ini.
Umaira memberitahu, kebaikannya adalah ia membantu kami sebagai peniaga kecil sebab waktu ini semua modal sudah digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, tidak ada banyak pendapat lagi.
“Walau bagaimanapun, setakat ini bersyukur untuk kami yang berjaja ini iaitu yang ada lesen dan yang ada sewa kedai. Jadi, ia tidak menjejaskan kami sangat,” katanya.
Menurutnya, kami yang sebagai peniaga kecil ini lebih terdedah dengan penyakit di luar ini. Tetapi, kami masih dalam konsep prosedur operasi standard (SOP) berjaga-jaga. Kami akan melakukan jarak satu meter antara satu sama lain dan kami akan meletak cecair pencuci tangan untuk pelanggan untuk kami mencegah virus itu sebab kami terdedah dengan virus ini.
Tambahnya, saya akan menggunakan geran khas itu untuk menambah modal ataupun membeli perkakas yang baru dan membaik pulih gerai.
Ujar Umaira, perasaan saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dibagi oleh kerajaan Sarawak. Kalau lebih banyak lagi kita dapat memberi, kalau kurang sentiasa bersyukur sahaja. Tetapi apa yang kami dapat daripada PKP ini memberansangkan lebih daripada hari-hari yang biasa.
“Harapan saya agar selepas ini, kes penyakit akan semakin menurun supaya kita dapat kembali pulih seperti asal,” katanya.
Sementara itu, seorang pembekal makanan di sekolah, Jenny Asat, 35, berkata, Kerajaan Sarawak menambah Geran Khas ini selama sebulan lagi adalah baik.
Menurut Jenny, Geran Khas ini akan membantu menampung pembelajaan seharian peniaga yang terjejas akibat Covid-19. Selain itu, ia juga membantu peniaga dalam kewangan untuk pembelajaan seharian yang terjejas akibat Covid-19.
Sementara itu, katanya, ia juga memberi manfaat kepada saya sebab saya adalah salah seorang peniaga yang terjejas. Saya akan menggunakan geran khas itu untuk membeli barang dapur yang semakin berkurang dan berjinak untuk membuat perniagaan secara atas talian.
Ujarnya, saya sangat gembira dan berterima kasih dengan bantuan yang diberi kerajaan Sarawak kepada setiap penjaja dan peniaga kecil. Harapan saya agar Covid-19 ini dapat dikawal dengan baiknya dan rakyat dapat menerima baik perniagaan atas talian yang akan semakin mendapat perhatian selepas ini.
Manakala, seorang penjual satay yang mahu dikenali sebagai Simi berkata saya tengok bantuan itu adalah bagi peniaga yang berdaftar tetapi kebanyakan peniaga adalah peniaga persendirian.
Katanya, harapan saya supaya ia lebih mudah untuk peniaga yang tidak ada lesen untuk meminta bantuan itu.